Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba
diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia.
Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas
Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui
pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu
untuk murid-murid sekolah menengah.
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur.
Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya
didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan
penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi.
Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam
mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.
sebuah blog yang memberi informasi tentang didik hibur yg selama ini belum diketahui... terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak di tahun 1,2&3 khasnya
BalasPadam