Ahad, 9 Disember 2012
3) Lakonan
• I) Lakonan Berdasarkan permainan
- Maksudnya suatu permainan yang tanpa perancangan dan dan hanya mengikut pengalaman yang dilalui saja. Contohnya, bermain bola, layang-layang dan lain-lain. Murid-murid hanya lakonkan dan yang lain meneka permainan tersebut.
• II) Lakonan Spontan
- Murid melakonkan sesuatu peristiwa atau kisah secara spontan iaitu
tanpa skrip atau persediaan dan pelbagai situasi setelah mendapat
rangsangan atau arahan daripada guru.
• III)Lakonan Bisu
- Maksudnya aktivit berlakon yang hanya memerlukan pergerakan anggota badan dan tanpa dialog
• IV) Lakonan Berkait
- Ialah aktiviti lakonan yang diaksikan oleh murid setelah menerima kata
kunci atau melihat tunjuk cara yang dibuat oleh guru. perbuatan atau
perlakuan.
• V)Lakonan Berskrip
- Murid melakonan sesuatu kisah berpandukan skrip yang disediakan oleh guru dan murid berlakon mengikut skrip
• VI)Lakonan Boneka atau Patung
- Lakonan boneka bermaksud murid-murid berlakon dengan menggunakan patung-patung sebagai pelakon.
• VII) Lakonan Nyanyian
- Murid mampu berlakon dengan nyanyian diperdengarkan dan mereka mampu menggerakkan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata Contoh, Lagu Ayah dan Ibu
2) AKTIVITI BERCERITA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQ6ooUVrS7nsxobYsojYXp2_4KN8VvhRmiRoLIRiLvGkMmsdj75Zo37r9gL4oXEoW-aRjcSQPzc5C_MquPj7qpEdoEbZkAW3y7o9YTQiYyeEFbJLuPGRo0duhf7KL6xRQnTa-CvgU-iqE/s320/kANAK2+BERCERITA+2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLgK59ruYRPka2xSUky3Xkie4xSnxhe72mwBfVJKHOn9QJbb235jl-xIKEuDui-PlNARk9k03sdM-a-YxB5qpkB5GR-kPsI5H9auGKsDn0EV05L2s12FVAFhU-WgZL8jaEFDL7kzX-wL4/s320/KANAK2+BERCERITA.jpg)
PENGENALAN
Kamus Dewan:- mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual.
Kamarudin Husin (1999): salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu.
Guru perlu memilih & menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.
KEBAIKAN AKTIVITI BERCERITA
• Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya.
• Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.
• Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa guru bercerita, murid-murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan minda murid-murid.
• Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid.
PRINSIP AKTIVITI BERCERITA
• Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dengan baik dan ada kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai gaya yang menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu dan sebagainya.
• Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting. Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadang kala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan sesuai.
• Harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka.
• Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan
Jumaat, 7 Disember 2012
Rabu, 5 Disember 2012
Aktiviti Didik Hibur
1) Nyanyian
a. Definisi Nyanyian
Kamus
Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan
dengan suara. Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti menyanyi
sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke
bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.
b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian
i) Menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti
bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga pengalaman baru murid-murid
sewaktu mempelajari bahasa. Ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
ii) Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan.
Justeru murid-murid berpeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
iii) Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi
kerana ia merupakan aktiviti yang tertumpu kepada penglibatan murid
sepenuhnya.
iv) Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid
untuk terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan
seluruh bilik darjah.
v) Menyanyi dapat membantu murid-murid
mengingat kembali bahasa yang dipelajari dengan lebih baik berbanding aktiviti
lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan
yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan.
vi) Lagu juga membantu murid-murid menguasai
perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk
ayat.
vii) Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran
guru yang menarik.
viii) Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam
aspek kefahaman berbahasa.
Selasa, 4 Disember 2012
Ciri-ciri Didik Hibur.
. Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran
adalah seperti berikut:
(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan
kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik,
lakonan dan sebagainya.
(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan
ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur
berkonsepkan santai dan berhibur.
(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam
keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui
sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan
pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian
dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti
tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di
samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
(v) Objektif aktiviti cenderung
kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara
persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan
serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.
(vi) Salah atau tidak bukan matlamat
aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin
murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus
kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja
berpasukan, kerjasama dan toleransi.
(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan
pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan
satu persembahan yang menarik.
(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon,
menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
(x) Aktiviti didik hibur banyak
menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Ahad, 2 Disember 2012
Apa Itu Didik Hibur ?
Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba
diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia.
Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas
Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui
pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu
untuk murid-murid sekolah menengah.
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur.
Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.
Rumusannya
didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan
penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi.
Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam
mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.
Langgan:
Catatan (Atom)