Ahad, 9 Disember 2012

Persembahan "Puteri Rimba" Hari Kanak-kanak SKAD 2010

3)       Lakonan

     

     I) Lakonan Berdasarkan permainan
    -  Maksudnya suatu permainan yang  tanpa perancangan dan dan hanya mengikut pengalaman yang dilalui saja. Contohnya, bermain bola, layang-layang dan lain-lain. Murid-murid hanya lakonkan dan  yang lain meneka permainan tersebut.
•     II) Lakonan Spontan
-   Murid melakonkan sesuatu peristiwa atau kisah secara spontan iaitu  
    tanpa skrip atau persediaan  dan pelbagai situasi setelah mendapat 
    rangsangan atau arahan daripada guru.
•    III)Lakonan Bisu
-         Maksudnya aktivit berlakon yang hanya memerlukan pergerakan anggota badan dan tanpa dialog
•    IV) Lakonan Berkait
-    Ialah aktiviti lakonan yang diaksikan oleh murid setelah menerima kata  
     kunci   atau melihat tunjuk cara yang dibuat oleh guru. perbuatan atau
  perlakuan.
•    V)Lakonan Berskrip
-    Murid melakonan sesuatu kisah berpandukan skrip yang disediakan oleh guru dan murid berlakon mengikut skrip
•    VI)Lakonan Boneka atau Patung
-    Lakonan boneka bermaksud murid-murid berlakon dengan menggunakan patung-patung sebagai pelakon.
•    VII) Lakonan Nyanyian
-          Murid mampu berlakon dengan nyanyian diperdengarkan dan mereka mampu  menggerakkan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata Contoh, Lagu Ayah dan Ibu

Johan Pertandingan Bercerita: Shireen Alyssa


   2)           AKTIVITI BERCERITA



    PENGENALAN
Kamus Dewan:- mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual.
Kamarudin Husin (1999): salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu.
Guru perlu memilih & menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.
   KEBAIKAN AKTIVITI BERCERITA
 Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya.
 Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.
 Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa guru bercerita, murid-murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan minda murid-murid.
 Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid.
PRINSIP AKTIVITI BERCERITA
 Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dengan baik dan ada kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai gaya yang menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu dan sebagainya.
 Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting. Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadang kala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan sesuai.
 Harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka.
 Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan

Rabu, 5 Disember 2012

Aktiviti Didik Hibur


   1) Nyanyian
 
    a.     Definisi Nyanyian

 Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.

b.         Kebaikan Aktiviti Nyanyian

            i)              Menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga pengalaman baru murid-murid sewaktu mempelajari bahasa. Ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
              ii)             Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru murid-murid berpeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
           iii)            Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang  tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya.
              iv)            Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah.
             v)             Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang dipelajari dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan.
               vi)            Lagu juga membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat.
               vii)           Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik.
               viii)          Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam aspek kefahaman berbahasa.

Selasa, 4 Disember 2012

Ciri-ciri Didik Hibur.


.  Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i)     Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii)     Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

(iii)     Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

(iv)    Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan  pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v)     Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.

(vi)    Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

(vii)    Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

(viii)    Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik  dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix)      Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.

(x)       Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.


Ahad, 2 Disember 2012

Apa Itu Didik Hibur ?

    Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah menengah.

   Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

  Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

Jumaat, 30 November 2012

Latihan 2




      1.Encik Rosman bekerja sebagai doktor di                                              .
             A. Hospital Putrajaya
             B. Sekolah Kebangsaan Taman Indah

      2. Ayah sedang menonton                  di ruang tamu .
             A.radio
             B. televisyen

      3 .Emak sedang memasak di                      .
             A. dapur
             B. bilik tidur
 
      4. Murid - murid sekolah itu menaiki                 ke sekolah .
             A. lori
             B. bas

      5. Puan Faridah membeli sebuah kereta                                  .
             A . Proton Saga
             B . Yamaha
     

Selasa, 20 November 2012

Latihan 1



          Kucing ,    Jerman,    peguam ,   Dewan Bahasa ,   nelayan ,   Bahari ,   buku ,   Singapura ,   raja ,   Encik Salim ,   rumput


            KATA NAMA AM                            KATA NAMA KHAS
            
           1.                                                      1.
           2.                                                     2.
           3.                                                     3.
           4.                                                     4.
           5.                                                     5.

Khamis, 15 November 2012

Contoh-contoh Kata Nama Am dan Kata Nama Khas untuk tempat



          KATA NAMA AM                                                KATA NAMA KHAS

         1. pantai                                                                   Pantai Desaru

                                                       

          2. taman perumahan                                                    Taman Anggerik

                                                   


            3.hospital                                                                      Hospital Selayang

                                                               

            4. pusat membeli-belah                          Pasar Raya Besar Giant

                                                               

Ahad, 11 November 2012

Contoh Kata Nama Am dan Kata Nama Khas untuk benda




        KATA NAMA AM                                            KATA NAMA KHAS
   
       1.kereta                                                               Proton Saga


                                              

        2. jam tangan                                                          Casio


                                                  


         3. televisyen                                                          Samsung

                                                                 


        4. motosikal                                                            Yamaha

                                                                 

Rabu, 7 November 2012

Contoh-contoh Kata Nama Am dan Kata Nama Khas untuk haiwan





         KATA NAMA AM                                                    KATA NAMA KHAS

        1.ayam                                                                         Si Jalak


                                                                   
       
          2.Arnab                                                                      Sang Arnab

                                                            


           3.Harimau                                                                     Pak Belang



                                                               


            4.Buaya                                                                       Sang Rangkak


                                                              

jam